Thursday, December 30, 2010

::. Hadiah buat abah tercinta .::

Hargailah ape yg kite ade sebelum kite kehilangannya....
kate orang....kte akan merasai kehadiranya amat bermakne apabila kte telah kehilangannya....dan pada saat itu...tiada lg dapat di ungkapkan kerana itu adalah kesalahan dan kecilapan kite kerana gagal menilainye...


Abah....
walaupun telah 4thun abah tggalkan kami....abah tetap segar dalam ingatn kami...
sesekali...air mate ini menitis jua...saat teringatkan kenangan2 manis bersama abah walaupun sebentar cume....pemergian abah ke rahmatullah sgt menusuk jiwa...tapi kami tetap meredhainya....semoga roh abah aman dan mdahan2 ditempatkan bersama orang2 yg soleh...insyaallah...ameen....

Abah....
abah pergi tanpe sempat melihat kejayaan kami adik beradik...walhal waktu itu terlalu singkat untk kami buktikan....seminggu sbelum ramadhan pergi...dan seminggu jge sblum syawal menjelma...abah pergi meninggalkan kami...terlalu perit kami rasekan....sume persiapan telah siap dibuat....tp...btullah....apbila maut tbe....sesaat pun tdk dapat kte elakkan....syawal itu terlalu suram kami rasekan...begitu jge dgn syawal2 yg mendatang....setiap kali takbir syawal dilaungkan...setiap kali itu juge hati ini sayu.....sayu dgn kerinduan yg memuncak terhadap abah....

Abah....
selepas abah pergi....angah dapt kputusan yg cemerlang dalam UPSR...Alhamdulillah...dia dapt straight A abah...itulah yg abah tgu2 selame nie....nak tgk angah dapat kputusan yg cemerlang.....selepas pade 2....along plak yg menduduki PMR....terlalu seksa jgk untuk hrungi itu tnpe semangat dan dorongan dari abah...tp along tetap truskan...alng jgk bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yg tabah dan cekal dalam menghadapi liku2 hidup ini tanpe abah....ma lah wanita dan ibu yg hebat....abah pernah cabar along...abah cakap along nie pemalas, tp berangan nak straight A dalam PMR...hehehh btullah 2...along mmg pemalas pun....tp along x endahkan pun ape yg abah ckap...dgil kan along nie...hehheh...tp kan abah....alhamdulillah...along berjaye jgk dpt straight A dalam PMR...alhamdullilah...tp.....alangkah bahagianye along lau abah masih ade....msti abah gembire...sbb anak abah yg pemalas nie dapt jgk buktikan yg dia mampu berjaye...hehehhe

Abah...
abah tau x...selpas along dapt kejayaan cemerlang lam PMR...angah plak muncul dgn kejayaannya yg jge straight A lam PMR...alhamdulillah...rezki x putus2 lam kuarge kite abah...tp...disebalik kecerian kami sume....masih terpendam disudut hati ini ttg abah... xlengkap. xsempurna rasenye kegembiraan 2 tanpe abah...walaupun abah kerap marah kami...tp kami tau...abah nak didik kami jd anak yg soleh dan solehah...insyaallah...akn kami laksanakan....saat melihat kedua ibu bapa dapt mengambil kputusan bersama anak2 mereka...kami hanye mampu melihat...kami cme ade ibu untuk berkongsi kegembiraan dan jge saudara mare yg prihatin terhadap kami....tp kami bersyukur kami masih ade ibu....berbanding dgn mereka yg telah kehilangan kedua2nya....

Abah...
thun lpas... SPM along xberape memberangsangkan...along kecewe....tp along trime se adanya ape yg telah ALLAH tetapkan...along hnye dapt 5A dlm SPM...tp along tetap bersyukur....dan along dah dapt tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Darul Iman dalam bhgian dakwah...inilah ape yg abah nak suatu ketika dulu...melihat anak2 abah masuk universiti...along dah buktikan abah...dan insyaallah nanti angah pulak yg bakal menyusul...insyaallah....Asyraf plak sudah nampak peningkatannye dalam pelajaran...alhamdulillah....cme...kdg2 sikap dia yg suke memberontak buat kami tertekan...tp asyraf pun seorang budak yg baik...rajin jgk...amirudddin plak..samelah...dia mirip abah...mdhan dia pun berjaye...katenye nak jd ustaz...heheh mdahan2 termakbul lah....

Abah...
jase abah tetap kami kenang sampai akhir hayat kami...
tiada seorang pun yg dapt gantikan tempat abah di hati kami....
abah terlalu istimewa walaupun abah kerap memarahi kami...
dan kami tahu.....sume tu untuk kebaikan kami....dan natijahnye
sudah terlihat skarng...x lupe jgk buat maa yg terlalu tabah dalam menghadapi
cabaran dan dugaan dalam hdup ini...
semoge khdupan maa dilimpahi berkat dan rahmah..
dan semoga abah tenang disana dan ditempatkan bersama para solihin...
doa kami sentiasa mengiringi abah....(al-fatihah)....


ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasih mu ayah
betapa ku rindukan redup wajahmu...hadir menemaniku..
terbayang ketenangan yg selalu kau pamerkan...
bagaikan tiada keresahan....
walau hatimu sering terluka,
tika diriku terlanjur kata..
namun tak pernah sekali kau tinggalkan...
diriku sendirian... ketika ku dalam kedukaan...
kau mendakapku pengertian...
disaatku kehampaan...
kau sedia mengajarku erti kekuatan...
terpancar kebanggaan..
dalam senyummu melihatku berjaya...
bila ku kegagalan xkau biarkan aku terus kecewa...
dgn kata azimat...engkau nyalakan semangat..
restu dan doa kau iringkan....
xdapatku bayangkan...hdupku ayah...
tanpa engkau disisi....
segala kasih sayang yg kau curahkan tersemat di hati....

~AEMAN:AYAH~

Saturday, December 11, 2010

::. Kisah Seorang kristian masuk islam kerana memuliakan hari assyura .::

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
 
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
 
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
 
"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
 
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
 
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu. Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
 
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?" Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
 
 

Wednesday, December 8, 2010

::. Aku Hanya Seorang Hamba....(Subhanallah) .::


Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat2 ana sekalian....bagaimana agaknya persediaan kita dalam menghijrahkan diri apabila tiba 1 muharram? masihkah kita setia ditakuk lama atau sudah kita semua menanamkan azam baru dijiwa? mudahan2 sahabat2 semua berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik...insyaallah....jika sekarang kita sudah merasakan diri kita baik, kita hijrahkan lagi diri kita untuk terus menjadi yang terbaik...insyaallah perkara itu lebih disayangi oleh allah....sempena maal hijrah ini ana ingin kongsikan satu cerita mengenai junjungan besar kita iaitu baginda Nabi Muhammmad s.a.w. Marilah kita bersama2 menyusuri sirah baginda dan mudahan kita mendapat ibrah daripadanya,insyaallah......

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."