Saturday, March 19, 2011

::. Siapakah ??? .::

Tanyalah diri, siapakah kamu?? who am i??  man ana?? ....................
Adakah kita tergolong dalam kategori di bwah ini??... tepuk dada tanya iman..(^^,)

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Tuesday, March 15, 2011

::. Hukum Bulu Kucing .::

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat ).

Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim) Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

PENGGUNAAN BULU BINATANG

Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?

Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Tuesday, March 1, 2011

:: Di manakah Kita?? .::

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah...segala kesusahan sudah beransur pergi....syukur kepadaMu rabbi kerana dengan izinMu semua kerja dapat diselesaikan.....sudah seminggu blog ini x di update...terlalu banyak assingment yg perlu diselesaikan...alhamdulillah...segalanya telah selesai... disini ana ingin memberi sedikit pengisian..ana bukanlah seorang yg faqih dalam ilmu....tp, insyaallah..bila terkenang lafaz ini " sampaikanlah walau sepotong ayat" ana merasakan ianya menjadi tanggungjawab ana untuk menyampaikannya... kali ini ana nak kita selami, siapa diri kita?? dan dimanakah kita sebenarnya?? pelik bunyinya kan? tp itulah yg banyak difikirkan oleh ana sejak akhir2 ni... kita sering lihat orng2 alim sgt petah berkata2...namun, kdg2 apa yg dikatakn x seumpama yng dilakukan... macam manakah itu?? 
Janganlah kita menjadi seseorang yg disifatkan oleh Allah dalam firmannya:

Wahai orang-orang beriman! mengapakah kamu mengatakan sesuatu yg kamu tdk melakukannya? Amat besar kebenciannya disisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tidak lakukan.[as-safft]

Nau'zubillahi min zaalik....
ana x nak tulis entry yg pnjg2 krana ana tahu, antum dan antunna x larat nak bace...hehehhe
jadi ana cume bg sedikit inzar, sebagaimana kata ulama, ilmu yg sedikit diamalkan lebih baik dari ilmu yg banyak tp abaikan.Berbalik tajuk kita tadi, dimanakah kita?? ya! dimanakah kita wahai sahabt2?? masih di awang-awangan lagikah?? inzar ini untuk ana juga...sama2 beringat.... jom kita selami kisah-kisah terdahulu yang mana banyak input yg kita perolehi....
soalan ana...adakah kita sdh mjadi seoarng hamba yg bersyukur??  sudahkah kita mengikut sunnah2 baginda?? muhasabahlah teman2....kita masih jauh dengan baginda hakikatnya.... semua orng boleh berkate, " aku cintakan rasullallah," tp ape yg mereka lakukan untuk mbuktikannya??? this answer so easy.... just follow the sunnah... 

sudahkah kita menjadi hamba yg bersyukur??? ana sedih bila mengingatkan hal ini....buat diri ana sendiri pun... sering bermain dihati ini..."adkh aku hamba yg brsyukur?" subhanallah....tersa jauhnya diri ini denganMu...bagaimana sebenarnya nak jadi hamba yg bersyukur ni??? jom tengok hadith ini..:

Drpda Aisyah radhiallahu: Baginda bangun beribadah sehingga bengkak2 kakinya.Aisyah pun bertanya: mengapakah engkau beribadah sebegini ya Rasullallah sedangkan dosa engkau yg telah lepas dan akan dtg telah diampunkan? lalu jawab baginda: tidakkah boleh aku menjadi hamba yg bersyukur??

subhanallah...renung diri kita balik...Rasullallah yg sudah terampun dosanya yg lepas dan akan datang pun masih lagi setia beribadat kepada khaliq semata-mata untuk melahirkan rasa syukur kepadaNYA..bagaimana kita??? hinanya kita ni... dosa seharian tdk tertanggung rasanya...untuk bertahajjud jauh sekali.....Astaghfirullah.... alasannya...:

* as student, u know? very tired with assingment..
( bila melanggut dpan fb kul 2-3 pgi tu takpe plak)
* susah nak bangun, tdur lewat sebab bt assingment..
(alasan smata, zaman rasulallah lagi hebat cabaran, keletihan smasa jihad lagi teruk 
dari letih buat assingment, tp baginda dan para sahabt tetap mndirikan Qiam, 
Qiam tu sbnarnya kekuatan bg Muslim )
* Mengantuk mata, x leh nak lawan..
( Hipokritnye kamu! time final exam bleh plak kamu bngun pagi2 semata2 nak ulang kaji, 
takut xdapat jawab exam! kamu lebih takut hukuman manusia dari kemurkaan Allah!)

Ada kena x dengan alasan2 tadi??? kalau ada, muhasabahlah diri...inzar bagi ana juga....ana pun student...jadi ana tahu perkara2 sbegini memang terjadi...nak dengar satu hadith x?? mungkin melalui hadith ini kita boleh motivasikan diri kita untuk bangun qiam..:

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)
 
huk4 nak ke telinga kita dikencing syaitan?? sanggup ye??? rasullallah sendiri yg membuat perumpamaan sedemikan...jadi kita pakat bangun qiam yep! jgn benarkan syaitan laknatullah tu kencing kat telinga kita..dan jgn biarkan syaitan itu mendekati kita pun!!...
Disini ana nak titipkan kelebihan qiamulail...

::. KELEBIHAN QIAM .::
*solat paling afdhal selepas solat waktu 
* waktu mustajab doa
*Lebih baik dari dunia dan isinya
* Meningkatkan darjah disisi Allah
* Ibadah Ahli jannah
 
Disini ana nak bagi tips camne kita mudah nak bangun qiam, ini diambil daripada petua Imam Al-Ghazali:
 
*Makan malam yg sedikit utk elakkan prut lapar, lau mkan bnyk cpat mngatuk dan bnyak tdur.
* Jagn tinggal tdur Qoilulah (tidur sekejap) di siang hari.
*  Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.  
*  Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.               


akhir kalam....... ~ selamat beramal dan selamat bermuhasabah....~ Islah diri untuk dakwah orang lain~