Friday, January 21, 2011

::. Telah Pun Termaktub .::

SEBUAH CERPEN.
Di ambil dari seorang sahabat...

       Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali.. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku pada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya.


        Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami." jadi, ini bermakna engkau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi..


       Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.


       Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan oleh lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka , tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku atau cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang".


        Aku tidak ingin dipandang canti oleh lelaki... Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya menjadi milikmu seorang. Aku tidak bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan begitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.


        Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan..Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal?? Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini dimuka bumi?


       Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?


       Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi... Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih-sayang yang tulen, bukan yang dibahagi-bahagikan...


       Diriku yang sememangnya lemah ini di uji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan , tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku  yang ceria selama ini dirampas dari ku.


     Aku tertanya-tanya, adakah aku sudah berada di tebing kebinasaan?? Aku beristighfar memohon keampunanNYA.. Aku juga berdoa agar DIA melindungiku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkanmu.. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Dimana saja aku berada, akal sedar ku membuat perhitungan denganmu...


      Ku tahu lelaki yang melamarku bukan dirimu. Malah aku yakin dengan gerak hati. 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah  gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud dimana-mana.


      Namun aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin aku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusof a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat...Andainya kaulah jodohku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan...Itulah janji Allah...


     Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah , selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan pula kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.


    Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu...
Bahkan aku amat bersyukur pada ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tanganku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau shahid itu..


    Akan ku kesat darah dan luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impian aku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah , kau akan mencintaiku keranaNYA... Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga....


    Aku juga tidak ingin dilimpahkan kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu... Apa gunanya menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawabmu.. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu... Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya... Itu lebih bermakna bagiku....

****** semoga kita mengambil pengajaran dan seterusnya menjadikan diri kita sebagai salah seorang daripada wanita yang sejati... insyaallah.....*******

Thursday, January 20, 2011

::. Jadilah Seorang Raja .::

Di ambil daripada : Novel Nota Hati Seorang Lelaki
                             (Pahrol Mohd Juoi)


"Berapa lama awak dalam bidang ini? " Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang.Kemudian yang bertanya akan membandingkan  pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil apabila si penanya meletakkan "orang besar" dalam bidang tersebut sebagai penanda aras pencapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat.Anda kalah, kalau jika sebaik saja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasibku!

     "Berapa ramai anak di universiti ?" sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, " Dalam bidang apa? doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain , yang tidak dianggap berprestij, si penanya akan menerangkan betapa rendahnya nilai profesion anak-anak anda itu jika pengajiannya biasa- biasa saja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku.....

      Itu belum lagi anda bertemu dengan "pak lawak" yang merasa besar hanya kerana punya kenalan dikalangan "orang besar". Anda seperti hendak ketawa apabila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk Ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya. Padahal pada hakikatnya hanya "pecacai" sahaja kepada orang besar yang diuar- uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia "kecil" apabila harga dirinya dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan "orang besar"nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk.... Ya Tok! yes. Tan Sri!

 Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat(bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.

          "Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?" tanya Mat. Nadanya sedih.

          " Mengapa?" tanya saya simpati.

          " Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

          " Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."Dia merenung jauh...

          " Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita, tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

          " Tetapi aku sedih.... setelah sekian banyak yang aku lakukan."



       Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya , majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada ALLAH pun hanya sedikit manusia besyukur, inikan pula kepada sesama manusia." kata saya seakan memujuk.

         " Aku sedih, itu sahaja..."

         " Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

 Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

         " Apa maksud kau?"

  
        Melihat muka Mat tenang saya mula bercerita. ada dua cerita, secara santai saya mulakan bercerita : pertama, cerita tentang Nurruddin seorng Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

          " Selamat datang ulama, selamat datng orang alim... Ajarkan kami, ajarkan kami," sorak penduduk kampung.

         " Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

         " Kerana serban besar tuan pakai"

 Nurruddin membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

         " Nah, sekarang kamu semua belajar dengan keldaiku. Dia alim sekarang, kerana telah memakia seran besar!"



  Mat ketawa mendengar cerita saya.

    " kau tahu. Nurruddin tetap Nuruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting  ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri sendiri."

       " Betul ke?"

       " Ini hasil kajian pakar psikologi Mat... Menurut mereka penilaian kira terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap diri kita."

       " Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?"

       " Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu."


          Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sedrhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu, dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu mengenakan pakaian yang mahal dan gemerlapan lalu pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk pauk yang dihidang ke pakaiannnya. " Mengapa?" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, " Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!"


 Sekali lagi Mat ketawa.

    " Mat, orang pandai kenal orang bodoh. tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete- hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama, dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman, dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!"

 Kemudian giliran Mat bercerita - betapa ramai anak yang begitu admire dengan ibu Misali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Misali itulah lebih baik daripada ibu sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan "Pelajar Cemerlang", " Remaja Dedikasi" dan sebagainya...hingga merasakan anak sendiri kurang "harga"nya.

        " Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?"

        "Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu terbaik, tetap sebagai anaknya, kita mesti nampak dimana kebaikan ibu kita sndiri."

        " Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang yang terbaik, tetapi kita mesti menghargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri.Kita akan memajukan diri kita ke arah maksimum selaras dengan kelebihan itu."

        " Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?"
 
        " Btul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang lain."

 Oh alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia.... hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, " siapa kamu?"

      " Saya raja," jawab petani,

      " Raja??" raja itu kehairanan

      " Ya, raja pada diri saya sendiri!"
     


Wednesday, January 19, 2011

::. Belajar Dari Semut .::

   Kisah ini ana ambik daripada sebuah novel yg bertajuk " NOTA HATI SEORANG LELAKI" yg mana pengarangnya merupakan seorang yg cukup hebat, iaitu, Pahrol Mohd Juoi.

   Apa yg ana harap, mudahan kita mengambil ibrah daripada kisah- kisah yg ditulis oleh beliau...kerana maknanya yg cukup mendalam dan berkait rapat dengan hubungan kehidupan kita sehari-harian....

                                            *************************

                      Kisah Nabi Sulaiman dan Semut.

   Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebutir gandum. Lalu Nabi Sulaiman  memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar butir gandum. Mulut botol kemudiannya ditutup.

   Cukup tempoh setahun , mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar butir buah gandum?

   Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya.Sebab dia tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih dari tempoh setahun, apa akan terjadi kepadanya?

   Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika diluar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat-cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

                                                   **********************

   Jadi, buat teman-teman, selepas membaca kisah ini, renung2kanlah ape iktibar yang ingin dikongsikan...
Ape yang ana nak bagitahu disini, sebagai manusia, dalam mengharapkan pergantungan kepada manusia janganlah kita terlalu mengharap kerana mungkin kita akan kecewa sekiranya tidak dapat memiliki ape yang dihajati....tetapi, serahlah pergantungan kepada Allah...kerana DIA lah yang berkuasa....samada cepat atau lambat kabulnya hajat kita, tapi DIA akan tetap memberi...Di akui bahawa manusia terkadang tidak menyedari, kekadang Allah sebenarnya sudah mengabulkan hajat mereka, cume mgkin dalam bentuk yang lain...kerana sesungguhnya DIA maha mengetahui ape yg DIA lakukan....sebagai hamba, kita haruslah berfikir, merenung dan mentafsir.....

Ana masih lagi ingat kata-kata yang dilontarkan oleh seorng akhi semasa kuliah maghrib di mussolla,

"Berputus asa lah dalam bergantung kepada manusia, tetapi jgn sesekali berputus asa dalam memberi pergantungan kepada Allah"

sama-samalah kita ambik iktibar....
Allahua'lam...

Oleh: Nur AtiQah

::. Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi .::


BIODATA SHEIKH TANTAWI

• Lahir pada Oktober 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di wilayah Sohaj di So'id Misr.
• Menyelesaikan PhD fakulti Teologi(Tafsir dan Hadith), Universiti Al-Azhar dengan darjat mumtaz pada 1966
• Pernah Mengajar di kuliah Usuludin Al-Azhar
• Meneruskan khidmat sebagai pengajar di Libya selama 4 tahun.
• Dilantik sebagai Mufti Mesir pada 1986
• Menjadi Sheikhul Azhar (Ketua Universiti Al-Azhar) pada 1996
• Mahir dalam bidang Tafsir.
• Pernah dikecam kerana banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang kelihatan kontroversi.






ANTARA KARYA-KARYANYA

• Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969)
• At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972)
• Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990)
• Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)


Sumber : http://azamhusni.blogspot.com/2010/03/pemergian-al-allamah-sheikh-tantawi.html

::. Dr Yusuf al-Qaradhawi .::

Oleh:
Mohd Rumaizuddin Ghazali

Latar Belakang Kehidupan


Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam.

Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalngan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya,Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak-al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.

Sumber:
http://www.mindamadani.my/content/view/102/2

::. Dr. Wahbah Zuhaily .::

Ditulis oleh Abdul Rosyid.

Latar Belakang Dr. Wahbah Zuhaily

Prof. Dr. Wahbah Zuhaili: lahir pada tahun 1351 H / 1932 M di Dir Athiyah Damaskus (Syria). Ayahnya bernama Syekh Musthafa Zuhaili, seorang ulama sekaligus hafiz al-Qur’an dan ahli ibadah, hidup sebagai petani. Sewaktu kecil, Wahbah belajar di Sekolah Dasar (Ibtidaiyyah) dan Menengah (Tsanawiyah) di Kuliah Syar’iyah. Keduanya di Damaskus.
Beliau memperoleh gelar sarjananya dari Fakultas Syari’ah Universitas al-Azhar pada tahun 1956 M. Beliau juga memperoleh ijazah takhassus mengajar dari Fakultas Bahasa Arab di al-Azhar. Di sela-sela staudinya di al-Azhar dia juga belajar Ilmu Hukum dan mendapatkan lisensi dari Universitas ‘Ain Syams dengan predikat magna cum laude tahun 1957. Meraih gelar Magister di bidang syari’ah tahun 1959 dari Fakultas Hukum Universitas Kairo. Gelar doktor di bidang hukum (Syariat Islam)  dia peroleh pada tahun 1963 dengan predikat summa cum laude.
Pada tahun 1963 M, beliau diangkat sebagai dosen di Fakultas Syari’ah Universitas Damaskus dan secara berturut-turut menjadi Wakil Dekan, kemudian Dekan dan Ketua Jurusan al-Fiqh al-Islami wa Madzahibuh di fakultas yang sama. Beliau mengabdi selama lebih dari tujuh tahun dan dikenal alim dalam bidang Fiqh, Tafsir dan Dirasah Islamiyah.
Selain mengajar dan menulis banyak karya ilmiah, dia juga rajin memberi kuliah umum di berbagai universitas. Dalam sehari beliau bekerja sampai 16 jam. Lebih dari 40 genarasi di Syria telah berhasil dididiknya, dan sebagian berada di Libya, Sudan, dan Emirat Arab. Ribuan pelajar, bahkan jutaan di Barat maupun Timur, Amerika, Malaysia, Afganista, dan Indonesia telah mempelajari kitabnya tentang fiqih, ushul fiqih, dan tafsir. 
Kitabnya yang berjudul al-Fiqh al-Islami wa Adilatuhu dijadikan sumber primer oleh banyak mahasiswa di berbagai Universitas di dunia seperti Pakistan, Sudan, Indonesia dan lain sebagainya. Kitabnya yang berjudul Ushul al-Fiqh al-Islami dijadikan buku wajib di beberapa Universitas Islam di Madinah dan Riyad.
Beliau juga sibuk di beberapa lembaga pemerintah maupun swasta sebagi Ketua Dewan Pengawas Syari’ah di beberapa bank dan perusahan, sekaligus sebagai Dewan Pakar di bidang hukum Islam dan peradaban Islam.
Selain belajar berbagai disiplin ilmu secara intens, beliau juga belajar secara khusus Fiqih Syafi’i kepada beberapa gurunya berikut: Syaikh Hasyim al-Khathib,  Syaikh Jad ar-Rabb Ramadhan, Syaikh Mahmud Abdu ad-Daim, dan Syaikh Musthafa Mujahid.
Sebagai ulama dan pemikir Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili telah menulis lebih dari 30 judul buku yang berjilid-jilid.

sumber : http://almahira.com/ib/ruang-informasi/profil-penulis/1223-wahbah-zuhaili.html

Tuesday, January 18, 2011

::. Renungan Sejenak .::

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil
I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang
berkeluarga, perlu mengajar.. Untuk suami.. renungkanlah??.
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?.
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah????..
Justeru isterimu ??hanyalah wanita akhir zaman yang punya.....


Cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama??
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya?..
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya?..
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya ?.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya ?.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya?.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan
taqwa???.. 

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang
tak sehebat mana?????
Justeru kamu akan tersentak dari alpa???
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah??
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.?.
Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
Tidaklah setaqwa Ibrahim??
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa?.. apalagi setampan Yusuf?.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya?
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya???
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya?
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya?
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa?. 

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt?
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana?..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga?..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ?..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri?.jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya?.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
rasulullah?.?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus
Zulaikha??
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman?DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan
Sarah??. 

Renung2kanlah....

::. Alahai PerEmPuaN .::

Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia
cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi
kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya
dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap
sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya
puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan
dia dengan perempuan lain.

Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap
itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau
saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap
saya dah curang dan dah lupakan dia

Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia
memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi
kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap
saya nak mengorat ler tu.

Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi
kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri
alasan jalan jem.

Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti
ada "give and take" tapi kalau sesekali saya
suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang
mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last
saya jugak yang kena bayar.

Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada
mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau saya
diam memanjang dia cakap mesti saya tengah
teringatkan perempuan lain.

jadi timalah mereka seadanya....kerana kejadian
mereka pun dari tulang rusukmu yang
bengkok...luruskan mereka dengan lemah lembut
bersama iman dan taqwa....


 

Bacalah
kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan
diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang
disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling
kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:


"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan
mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... 

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,
apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab
suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". 

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan
baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia menunduk dan menangis ...


p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu
diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun
sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima
kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam
menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""

::. Enam Pesanan Khusus Buat Wanita .::


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


 
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


 
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

 

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

 

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan