Sunday, May 1, 2011

::. Pengarang hatiku yg telah Lama Pergi.. .::


Ya Allah….
Hidup ini terlalu sukar untuk kita jangkakan…..
Kadang-kadang kita merasa bahagia…..
Kadang-kadang duka bertapa…..
Aku tahu dunia ini hanya sementara dan ianya akan pergi meninggalkanku
Seperti debu beterbangan dibawa angin….

Ya Allah…
Dimanakah jiwaku saat ini….
Aku terlalu rindukan seseorang…..
Seseorang yang telah lama meninggalkan aku…..
Seseorang yang aku tak sempat untuk berbakti padanya….
Ampunilah dosaku Ya Allah…
Pemergiannya tanpa diriku disisi……
Pemergiannya amat menekan diri ini…
Pemergiannya meninggalkan sesuatu yang amat mendalam pada diri….

Duhai pengarang hati yang telah lama menyepi…..
Ampunilah diri ini….
Banyak khilafnya pada diri ini ketika hayatmu…..
Terasa diri ini sangat memerlukankamu tika ini…..
Aku rindukan ketegasanmu wahai pengarang hati…..
Kerana ketegasanmu itulah yang mengingatkan diri ini….

Duhai pengarang hati yang telah lama menyepi….
Kini ku tahu ketegasanmu tersirat seribu erti yang mendalam….
Namun ….
Itulah aku…..
Disuatu ketika dahulu aku terlalu dhaif untuk mengertinya….
Sekarang daku sudah dewasa……
Dan aku rindu untuk mendengar ketegasan itu bernyanyi dihalwa telinga ini….
Namunku tahu…..
Ianya takkan terjadi bahkan  memang takkan terjadi sampai bila pun….
Kerana hanya kaulah yang mampu membuat diri ini gerun dengan ketegasanmu itu…
Amanlah kamu disana wahai pengarang hatiku duhai abahku yang aku sayangi…..


Tiada duka yang abadi didunia…
Tiada sepi yang merantai selamanya….
Malam kan berakhir…hari kan berganti…
Takdir hidup kan dijalani....
~ Opick : Tiada duka yang abadi ~


No comments:

Post a Comment