Monday, November 29, 2010

::. 12 Sifat Sahabat.....^_^ .::

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu...
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu...
Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupaya wang dan sebagainya ia akan membantumu...
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik..
Jika ia mendapat satu kebajikan daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu itu..
Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya..
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya...
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu..
Jika datng bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu...
Jika engkau berkata padanya, nescaya dia akan membenarkannya...
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu...
Jika kamu berdua berselisih faham... nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan........

sesungguhnya ukhwah fillah sangat indah......tetapi adakah kita merupakan diantara orang2 yg memiliki sifat2 sedemikian???? tidak dinafikan...semua manusia inginkan kesempurnaan....namun perlu diingatkan bahawa....siapa diri kita....kalau kita hendakkan sesuatu ade pada diri seseorng tu, kita pun perlu mempersiapkan diri kita untuk itu.....renung2kanlah.....sahabt sejati sukar dicari......

Thursday, October 14, 2010

::. Apakah cinta itu Sebenarnya .::

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat ana semua....semoga sentiasa didalam lindungan Allah selalu....Fi Amanillah abadan, insya-Allah..... sudah lama rasenya tidak meng 'up-date' blog ini...hehhehe....terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan.....terlalu banyak waktu yang perlu dikorbankan demi sebuah perjuangan....namun.....pahit getir itu hanya kita yang menanggung.....hendak diluahkan bimbang membebani orang lain....namun ana masih tak lupa.....DIA sentiasa bersama-sama kita walau dalam keadaan apa jua.....semoga rahmatNya sentiasa mengiringi diri yang lemah ini....ameen.....

kali ini ana ingin menyentuh sedikit tentang Apa itu Cinta sebenarnya.......Cinta itu  suci jika kita tidak mencemarinya dengan perkara yang dapat mencacatkan cinta tersebut.....sesungguhnya cinta itu merupakan satu anugerah yang teramat bernilai yang dianugerahkan oleh Rabb kepada hamba yang mencintaiNYA.....namun malangnya pada hari ini...anugerah itu disalahgunakan untuk kepentingan nafsu semata.....disini bukan ana nak berhujah @ berdebat mengenai hal ini kerana  ana sendiri terlalu banyak khilafnya disisi Rabb dan pada pandangan manusia....Namun....jauh disudut hati ini..ingin ana sebarkan betapa cinta itu terlalu manis dan terasa nikmatnya seandai kita bercinta dengan sesuatu yang kekal abadi....
bagaimana bercinta dengan sesuatu yang kekal abadi itu?? mesti antum dan antunna tertanya2....heheheh...bagaimana tu nak bercinta dengan sesuatu yang kekal abadi tu??? jika direnungkan satu mutiara kata yang kita sentiasa dengari.....

seseungguhnya cinta kepada bunga, bunga kan layu....
cintakan kumbang , kumbang kan lari....
cintakan harta....harta kan habis....
cintakan manusia...manusia jua akan pergi....
Namun.....ada satu cinta yang akan kekal untuk selamanya....
iaitu cinta Ilahi....

sudah terbukti bahawa cinta ilahi itu kekal abadi.....jadi....wahai akhawat dan ikhwah sekalian.....mari lah kita sama-sama merebut cinta ilahi itu kerana hanya cintaNya yang hakiki...tiada kepalsuan......namun disini bukanlah ana ingin menghalang cinta sesama makhluk...cinta sesama makhluk jga adalah penting.....dalam satu hadith menyatakan: maka tidak akan sempurna iman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri....jelas disini bahawa betapa penting cinta itu wujud sesama manusia....tetapi pandai2lah kita mengimbangi cinta antara manusia itu dengan sebaiknya....jangan sampai kita melaggar syariat agama.....

Dan buat akhawat semua......jangan terlalu risau andai cinta dari manusia belum kau temui....yang penting cinta ilahi mendahului.....ini kerana jika kau thabat pada jalan yang diredhai....insyaallah....si 'dia' turut dijalan yang sama....jadi buat akhawat yang dikasihi ALLAH sekalian.....lupakanlah segala kegundahan dihati...teguhkan diri pada cinta ilahi, cinta hakiki...nescaya cinta dari lelaki soleh turut kau miliki.....

Disini ingin ana titipkan seungkai madah untuk dihayati bersama.......

wahai teman seperjuanganku sekalian.....
Ingatlah.....mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan....
kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.....
Hanya cinta kepada ALLAH yang tidak....
Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak....
Jika ditolak....pasti sakit rasanya....
Berlainan halnya dengan jika kau mencintai ALLAH.....
Kerana apabila kau mencintai Allah sudah pasti cintamu akan diterima dan kamu tidak pernah akan merasakan kehilangan walau sedetik pun.....
Tidak ada yang akan merampas ALLAH yang kau cintai dari hatimu.....
Jika kau hidup dengan ALLAH, bermesraan dengan Allah....kau tidak akan berpisah dengannya......
Kerana ALLAH akan sentiasa menyertaimu....ALLAH tidak akan berpisah denganmu kecuali kamu yang berpisah darinya.....
Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan ialah cinta kepada ALLAH.....
Subhanallah...............

oleh yang demikian wahai akhawat sekalian.....
renung-renungkanlah apa yang ana kisahkan ini....
semoga menjadi pengajaran buat diri ana dan buat sahabt semua.....
insyaallah.....
 wasallm.....semoga bertemu lagi.....

Wednesday, September 29, 2010

Warkah Untuk Bakal Imamku.....




Buatmu Bakal Imamku.......

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan ‘Aisyah R.A ; “sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. 

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.




nukilan dari teman....

Friday, August 27, 2010


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…


Nukilan dripada seorang sahabat.....



Thursday, August 26, 2010

Iman itu umpama Debu...jangan biarkan ia hilang....





Duhai sahabat...

Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...


Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
Merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...


Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...






Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...


Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...
Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...


AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......



Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...


Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
Memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya......



Dinukilkan oleh seorang sahabat....

Wednesday, August 25, 2010

Coretan Hati.....


Dalam mencari diri.... terlalu banyak
yang perlu ku tempuhi....
Dugaan...Godaan... Cubaan....
Semuanya mengiringiku sepanjang perjalanku...
Ya ALLAH.... Kuatkanlah semangatku...
Agar aku dapat terus berjihad dijalanMU...
Di jalan yang diredhai olehMU...
Ya Allah...jadikanlah setiap langkah
perjalanan hidupku ini satu keberkatan...
yang mana aku boleh mengambil ibrah daripadanya...

Bawalah aku Ya Allah.....dalam menempuhi
hidup sebagai seorang mujahidah...
Aku adalah aku...
maka Ya ALLAh.....
peliharalah hatiku daripada nafsu-nafsu yang mensia-siakan...
Berikanlah aku kekuatan Ya ALLAH....
Sesungguhnya aku tahu...
KAU tidak akan membebani hambamu dgn apa yang mereka tak mapu....
Dengan keyakinan itulah aku masih kuat untuk terus berdiri dalam mencari keredhaanMU....



nukilan.....Nur Atiqah Azmi...