Thursday, May 26, 2011

::. Sudah Tersurat sedemikian..... Alhamdulillah... .::

Alhamdulillah wa syukurillah......
Nikmat Allah kepada hambaNYA tak pernah putus.....
sayangnya DIA kpada kita....Subhanallah.... malu rasanya.....
Ya Allah...ampunilah diriku ini andai aku seorang hamba yang tidak bersyukur....

Tahun satu pengajianku disini sudah berakhir..... Tahun dua pula bakal menyusul.....
Alhamdulillah...segala2nya berjalan dengan teratur mengikut ape yg telah ditetapkan oleh al-Khaliq....
Namun.... sebagai manusia....ana terkadang lupa.....
Apabila ujian menimpa...ana kalah dalam melawan emosi yg entah ape2....
sedangkan mulut inilah yg sentiasa memberi nasihat buat sahabt2 laen apabila mereka dirudum masalah...

"Allah takkan bebankan hambaNYA dengan apa yg hambaNYA tak mampu untuk memikulnya"

Ttpi bila diri ini menghadapinya......dimanakah kekuatan untuk mulut ini berkata2 sedemikian pada diri ini???....

Natijah imtihan nihaei dah keluar..... Alhamdullillah ana bersyukur dengan apa yg ana dapt ttpi jauh disudut hati msih tdk dpt membuang sedikit perasaan terkilan krana tak mampu untuk mencapai target.... Ya! ana lupa bahawa  setiap yg terjadi telah pun tersurat disana.... Ya Allah...berilah kekuatan pada hati ini.... kerana akhir2 ini hati ini semakin rapuh dalam meniti hari.... 
Allah telah menetapkn yg terbaik buat diri ana.... tpi ana msih lagi bersedih..... 
Ya Allah...hamba mohon padaMU....kurniakanlah rasa redha dalam hati ini agar diri ini dapt beroleh keredhaanMu...


Masa yang lapang dirumah turut diisi dengan pengisiian untuk mentajdid iman....
ya... mengenai setiap apa yang berlaku tu pasti ade hikmahnya....
Isnin bru2 ni, mndengar sedikit pengisian dari seorang ustazh dalm kitab minhajul abidin mengenai hikmat disebalik kejadian yg Allah jadikan....

Katanya...." Jgn pernah untuk megeluh apa yg Allah bagi kat kita... kerana setiap yg Allah kurniakan itu bukanlah sia-sia.... ade manfaatnya yang tersendiri..namun kita sbagai manusia sering lupa untuk berfikir ape kebaikkannya... kita cuma tahu, apabila mendapat nikmat, kita merasa senang.. mengucapkan syukur kpada Allah....[alhamdulillah bagi yg masih ingat utk bersyukur, bagi yg lupa? nauzubillah] kita katakan bahawa Allah sayang kita....sbb tu Allah Kurniakan nikmat yg bnyak buat kita.... namun pabila bala menimpa.... mulut asyik mengeluh....
" Ya Allah..sakit nya....."
" Ya Allah, susahnya hidup..."
walhal hanya sdikit Allah menguji kita...
kita pun katakan....Allah bencikan akukah??? 
kita lupa sebenarnya.... sakit pun satu nikmat sebenarnya..... nikmat yang menandakan Allah sayangkan kita... tu tandanya Allah tak nak kita jauh dari DIA..... Allah nak kita selalu je dekat dengan DIA....
sakit tu lah yang menggugurkan dosa2 kita andai kita seorang yg bersabar dan tdak mengeluh....saat sakit... biarlah lidah ini sering dihiasi Zikrullah....Allah...Subhanallah....Allahuakbar..... jgn sesekali biarkan lidah kita ni... " Ahhhh sakitnye....aduh.... dan sbgainya...." jarang orang yg bersyukur bila ditimpa ujian....(^^,) beruntunglah bagi sesiapa yg sering "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku tu.... Apabila mereka "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku.....Redha dihatinya akan segera bertandang...puji2 an padaNYA tak kunjung malap..... Allahuakbar......
Apabila diri melakukan maksiat...ianya juga dalam perancangan Allah..... Allah tahu apa yg DIA lakukan.... itu tandanya Allah mahu kita segera bertaubat.....bagaimana pula dengan TAAT??? taat juga menhalang kita dripada riak.....bagaimana ye?? hikmah disebalik taat ialah, Allah mahu kita kembali kepada DIA.... kita sering lupa, dalam kita menunaikan ibdat, solat, sedekah atau sebagainya, kita sering mengangap itu adalah dari kita, kita merasakan kita hebat dalam beribadah...hakikatnya.... apa yg kita lakukan itu adalh dari Allah.... Allah gerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu tu menurut apa yg telah dirancangNYA.... disebalik taat itu adalah kita kembali padanya......


Positivekan diri....(^^,) senyumlah walau dalam hatimu ade duka...
Kerana dengan segarit senyuman dpt mengubati hati yang resah disamping mengamalkn amal jariah kerana 
senyum itu adalah sedekah....hihih
Pesanan buat diri dan sahabt2......
jgn lupa buat sujud Syukur....
walaupun kita merasakan result kita kurang elok, tpi lakukanlah jua sujud syukur...
Kerana apa yg kita dapt adalah anugerahNYA.....
Bersyukurlah kerana kita masih lgi bernafas untuk mencari redhaNYA......
Wallahua'alam.......



Sunday, May 1, 2011

::. Pengarang hatiku yg telah Lama Pergi.. .::


Ya Allah….
Hidup ini terlalu sukar untuk kita jangkakan…..
Kadang-kadang kita merasa bahagia…..
Kadang-kadang duka bertapa…..
Aku tahu dunia ini hanya sementara dan ianya akan pergi meninggalkanku
Seperti debu beterbangan dibawa angin….

Ya Allah…
Dimanakah jiwaku saat ini….
Aku terlalu rindukan seseorang…..
Seseorang yang telah lama meninggalkan aku…..
Seseorang yang aku tak sempat untuk berbakti padanya….
Ampunilah dosaku Ya Allah…
Pemergiannya tanpa diriku disisi……
Pemergiannya amat menekan diri ini…
Pemergiannya meninggalkan sesuatu yang amat mendalam pada diri….

Duhai pengarang hati yang telah lama menyepi…..
Ampunilah diri ini….
Banyak khilafnya pada diri ini ketika hayatmu…..
Terasa diri ini sangat memerlukankamu tika ini…..
Aku rindukan ketegasanmu wahai pengarang hati…..
Kerana ketegasanmu itulah yang mengingatkan diri ini….

Duhai pengarang hati yang telah lama menyepi….
Kini ku tahu ketegasanmu tersirat seribu erti yang mendalam….
Namun ….
Itulah aku…..
Disuatu ketika dahulu aku terlalu dhaif untuk mengertinya….
Sekarang daku sudah dewasa……
Dan aku rindu untuk mendengar ketegasan itu bernyanyi dihalwa telinga ini….
Namunku tahu…..
Ianya takkan terjadi bahkan  memang takkan terjadi sampai bila pun….
Kerana hanya kaulah yang mampu membuat diri ini gerun dengan ketegasanmu itu…
Amanlah kamu disana wahai pengarang hatiku duhai abahku yang aku sayangi…..


Tiada duka yang abadi didunia…
Tiada sepi yang merantai selamanya….
Malam kan berakhir…hari kan berganti…
Takdir hidup kan dijalani....
~ Opick : Tiada duka yang abadi ~


Friday, April 29, 2011

::. IhFazillah YahFazuka [ Jagalah Allah Nescaya Allah jaga Kamu] .::

Bismillahirahmanirahim.....
Alhamdulillah...Masih lagi dapat merasai nikmat kehidupan yang sementara ini....
Mudahan nikmat kehidupan yg sedikit itu memberi manfaat yg berguna kepada kita selaku hamba padaNya..
Insyaallah.... sama2 lah kita berselawat kepada junjungan mulian kita mudahan kita tidak tergolongan dikalangan orang yg bakhil...Ameen....

Apa khabar agaknya kalian semua...mudahan sentiasa diberi keberkahan dalam hidup dan sentiasa dibawah naunganNya......
Kali ini ana x nak bercerita panjang...
Sekadar peringatan buat diri ini dan sahabat2 yg ana kasihi sekalian...
Minggu final exam ni macam2 ragam yg ade kan....
Hinggakan ada yg beruzlah dan bertapa dimussolla sampai akhir exam...
Hebat antunna semua....betul2 bermujahadah....Alhamdulillah mudahan kalian diberi ganjaran oleh Allah dengan usaha kalian...

Namun x kurang juga ade yg bermasam muka dan iri hati dengan sahabt sendiri, dan ada juga yg menyembunyikan soklan2 spot dari pengetahuan sahabt2 lain…masyaallah… mcm2 ragam ade….hehhehe  kalau x, x dinamakan lah pula manusia kan….
Semalam ade seorang shabt mngadu…

 “Eqah..dyeorng ni sampai hati xnak share dgn kita soklan2 spot”…ana tersenyum sahaja...

Sahabat.....
Ana cube untuk menenangkan dirinya.....
Sesungguhnya Allah bersama orng yg benar dan ikhlas....jangan risau...even dyeorng xnak bg kita pun insyaallah, kita boleh.... Allah kan ada.... (^^,)
Mana yang lebih yg lebih hebat??
Manusia hanyalah wasilah untuk kita mncapai sesuatu...namun jangan kita lupe.. disebaliknya itu ialah Allah.... masih lagi segar dalam ingatan ini ktika Dr.Wan Yusof memberi sedikit pengisian sebelum menduduki final exam...

 “ Jangan disebabkan “ sebab” kite lupa “musababnya” ..”
Musabab itu lah Allah...tiap2 apa yg berlaku itu semuanya dalam perancangan Allah....

Diselitkan dalam Tazkirahnya yg singkat itu hadith 19 min arbain:

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا ))

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.


Sahabat...
Apabila kita ingin meminta, mintalah pada Allah... insyaallah hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaek untuk hambanya.....

“ Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).”

Inilah yg berlaku dalam situasi kita sekarang..... jadi sahabat....jangan risau....
Penenrangan bagi potongan hadith ni, umpamanya dalam satu kelas, kita x hadir ke kuliah, kmudian ade nota2 atau penerangan yg diberikan oleh lecturer...jadi kita mntaklah nota2 atau suruh bagi penerangan sdikit ttg lecturer ajar dgn mereka yg hadir, pasti ade yg x senag dgn diri kita akan berkata:

 “ alah, enti kan dah pandai, bace je, mesti faham punye....”
“ nota?? X tahulah... cube tanye orang lain...”

Tu lah antara jawpan2 yg diterima.....
Tapi andai hati kita kuat pergantungan dengan Allah...kita jaga hubungan dengan Allah....Insyaallah Allah akan lindung kita dari segala mudharat2 sebegini....

Boleh jadi, mereka ini berjaya dalam exam...tpi bukan untuk suatu jangka masa yg lama....
Boleh jadi, mereka hebat dalam pelajaran....ttapi tiada keberkatan pada diri mereka.....na’uzibillah...menunjukkan kita ni jauh dari rahmat Allh....

Jadi buat sahabt2 sekalian....
La tahzan.... Allah kan ada.....
Peliharalah Allah maka Allah akan pelihara kamu.....

~Bittaufiq~

Wednesday, April 6, 2011

::. Semester Yg Bakal Berakhir .::

Bismillahirahmnirahim....
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah serta tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W....(janganlah kita menjadi sebakhil2 hamba atas muka bumi ini)

Mengenang final exam yg bakal tiba, sesak rasenye...mane tidaknya semua madah tiada langsung gap...
Ya Allah..berat rasenye tu...Mudahan Engkau permudahkan segala urusanku dan sahabt seperjuanganku yang amat-amat ana kasihi... mudahan antunna jua diberi ketabahan dan kekuatan...insyaallah...(^^,)

Bila dah nak akhir sem ni, ana terfikir juga..adakah ana telah gunakan sebaik mungkin waktu2 yg telah berlalu itu... atau adakah waktu itu hanya berlalu begitu sahaja tanpa memperoleh apa2 manfaat???
Ya Allah.. jauihilah diri ini dari golongan orang2 yg rugi... Ameen... 
Madah yg ana ambil pada sem ni, lau nak difikirkan agak menarik dan mudah untuk dibawa...tpi rase macm x mampu plak... herm musykil2...
[Fiqh Muamalat, Nahu, kenegaraan, Fiqh sirah, Mutala'ah, Bi, Ulum Quran and Akidah & Akhlak ]

Planningnye sem ni nak naekkan pointer.... tapi... namapak gayanye macm xde harapan je..
Hehehhe...carry mark plak, hermmm....[Ustaz2  syadid sangat (^^,)] susahlah nak daptkan carry mark tinggi...huhuhuh nasiblah badan...

Tapi takpelah...always think positive... tu tandanya ustaz nak suh kteorng usaha lagi... kan2?? Macammane nak berjaya kalau sentiasa disogokkan kesenangan dalam pelajran...herm.... patutlah student2 dulu hebat2.... sebab mereka x diajar senang.... untungnyelah.... tapi g2 lah.... kita ni sering menyatakan untunglah pada mereka yg di ajar sedemikian, hakikatnya bila kita ditempat mereka, agak2 kita boleh x bertahan???
                                                     Herm lemahnya diri ini....

Teringat satu kata2 dari seorng ustaz semasa beliau mengajar, “ antum semua ni janganlah nanti apabila sudah tamat pengajian sama keadaannya sebagaimana permulaan antum masuk dulu” faham x? Hehehhe kata2 cabaran tu... syukran ustaz....(^^,) bunyinya macm sindiran, tapi tu lah hakikatnya... ustaz cakap, at least , antum keluar nanti boleh lah bercakap Arab...huhuhu Wooww... ckap bahasa Arab tu.... boleh kah??? Haa tu tanyelah diri..... mampukah kamu YA ATIQAH???? Insyaallah....(^^,) dimana ade semut, disitu ade gula...eishh silap... dimana ade kemahuan disitu ade jalan... btul x??? [Na’am3x]
Sesi pembelajaran???  Alhamdulillah ok.... Ustazah Tasnim yg terrrbaaek kan sahabt2??? Hehhehe herm ustaz Faizol pun best juge.... blaja fiqh muamalat dgn beliau best...macam2 kes yg dikemukakan...mula2 bleh faham lagi... makin dalam....makin dalam.... akhirnya hanyut skejap...hehheh...[pening....banyak sanagt ...dah lah lebih kurang je kesnya..] Apepun mudahn kami dapat jawab final nanti...Ameen...

Study week dah nak sampai....huhuhu bestnye!!!...rindu dah kat kuarge...huhuh nak nanges dah rase...(^^,) tapi...mesti x besh balik nanti sbb kene study...huhuhu ana x kire...kompem balik nanti ana x study...
Study last minutes x elok sebenarnya...tapi hakikatnya cam tulah....ana last minutes baru study... xley nak study awal2 nanti lupa...hehheh pelik2 lah...[ to my friendsss dont do this at home] but if you want to try it is ok...(^^,)
Setakat ni jelah dulu.... doakan kami semua, mudahan kami thabat dalam perjuangan ini.... Insyaallah...disini ana  nak kongsikan sedikit kata2 dari sahabt ana... but before that.. wish us best luck okeh?? Hehhe apehal lah dengan ana ni...duk asyik “ skipping”  je.... ni Forum BI punye pasal lah nie....(^^,)

"Mengejar impian itu semestinya sukar... Tetapi kesukaran itulah yg meninggalkan 1001 kenangan Indah"


Akhir kalam....janganlah lupe pergantungan kepada ALLAH ye sahabt2.... Insyaallah ALLAH bantu kita jika kita berusaha dan IKHLAS dalam menuntut ilmu.....(^^,)


Sunday, April 3, 2011

::. Sekudus Doamu .::

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan utk menulis walau sekejap...
setiap detik masa yg berlalu itu terlalu berharga..(^^,)

kali ini ana x nak cite panjang2 pun...just nak ceritakan tentang doa dari seorng pak cik agar kami mnjadi insan yg dapat berbakti pada agama...insyaallah pak cik..mudahan doamu dimakbulkan oleh Al- Khaliq....Ameen...

12.00 P.M
Ana       : Jom kak jie, temankan ana pergi bank in duit...
Kak jie  : Jom... tqah lah bawak motor, k.jie tokse bawak...
                  ( jawab k,jie dalam loghat kelantan nya..)

Ana       : Erm...xnak lah bawak.... k.Jie la bawak....lagipun, ana takutlah nak bawak....
                brek  tangan motor k.Jie x makan....
Kak jie  : (muka merajuk) yelah....k.jie bawak, nanti balik tqah bawak....
Ana       : xmo jugak bawak...( tetap berkeras) (^^,) 
Kak jie  : Yela3x...

( Jangan marah ye kak jie ku sayang....bkan ana xnak bwak...mase tu kan ana ade musyaqqah sikit kat jubah ana...asif ye.... (^^,)  )

Kedai kat depan UnisZa..
Kak Jie     : tqah, k.jie nak gi beli top4 ni..
Ana           : Ok.. kak jie, pas ni ana nak beli goreng pisang kat sane, bleh x? k.jie pi la beli dulu                        top4...

( Selesai membeli top4 )
kak Jie      : Tqah taw x, orng jual tadi tgk pelik je ke kak jie....
Ana           : Ana taw...ana nampak dye tgk plik jugak kat ana tadi....hehhehe
                     biarkanlah dia  k.jie....
                  ( mungkin dia pelik sebab kami berdua pakai purdah, ana plak serba hitam 
                     mase  tu....hehe lucu)
                   Jomlah pi beli goreng pisang....huhuhu teringin nak makan nie...
                   kak jie, tokse beli ko bubur nasi tu? nampak sedap je....
Kak Jie     : Tokse eh... tqah nak beli gaponyo ni?
Ana           : nak beli goreng pisang, dah gtaw daa...
P.cik pnjual : Anak ni blaja kat mane...??
Ana               : Blaja kat depan ni je... (Unisza)
P.cik pnjual : owh...Kusza...( Kusza sering mendapat nama walaupun sudah dua kali
                        ditukar  nama, Kusza, UDM,UNISZA)
                       baguslah.....anak ambik bidang apa??
Ana               : Ambik bidang dakwah pak cik...
P.cik pnjual  : baguslah tu nak... blaja lah sungguh2 agar dapat berbakti pada agama....
                        ramai anak muda  yang dah punah, sosial dan macm2 lagi... jgn jadi macm
                         mereka....
                      ( Lebih kurng cam tu lah ayatnye )
Ana             : Insyaallah pak cik.... (^^,)
                     ( Dlm hati ana, baik sungguh p.cik ni..sempat lg nshatkan kami...insyaallah p.cik,
                        mdahan apa diucapkan oleh pak cik menjdi kenyataan suatu hari nanti)
                     Jom lah kak jie kito kelik...
Kak Jie       : Siap doh ko??
Ana             : Holah, siap doh....hehehe....

kami pun pulang ke unvct balik....itulah alkisahnya lewat tengahari itu....Terharu sebenarnya kerana masih lagi ada golongan seperti mereka yg masih perihatin terhadap golongan remaja pada masa kini.... berbeza dengan ibubapa yg megamalkan kehidupan moden yg lupa akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak.... 

Mengharungi sebuah kehidupan yg susah sebenarnya banyak mengajar mereka agar lebih mengambil berat antara satu sma lain....berbeza dengan khidupan orng yg sentiasa senang...seolah- olah hidupnya menongkat langit hinggakan x kenal orng dibawah mereka yg memerlukan pertolongan dan bantuan....




Friday, April 1, 2011

::. Hanya Pinjaman Seketika .::

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan kata-kata disini... janggal rasenye
kerana sudah lame tdk menulis....taklifan terhadap diri ini lebih penting rasenye... Namun.... masih
lagi dengan izinNYA diberi kekuatan untuk menggerakkn jari jemari ini.... Alhamdulillah...
sesungguhnnya kasih sayng ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA....

Kali ini tiada apa yg ana ingin coretkan.... sekadar mengingatkan bahwa hidup kita ini hanya seketika..... Entah bila saat itu bakal tiba, hanya DIA lah yg maha mengetahui....Sebagai hamba kita haruslah persiapkan diri kita untuk ke negeri abadi itu....

Dalam meniti hari sebagai seorng pelajar....banyak waktu yg prlu dikorbankan.... namun ana tdk kisah...cume ana bimbangkan satu perkara....kesihatan diri ana.... terasa juga untuk membuat rawatn khas...namun diri ini masih lagi belum yakin untuk lakukan itu....sentiasa berfikir, " xde papelah kot" herm... namun..hari demi hari...terasa makin bnyak perubahan yg berlaku....ana menyedari akan hakikat itu..namun, ana biarkan saja.,...akhirnya pulih dengan sendiri...."pulih dgn sendiri" inilah yg dibimbangi..... dibimbangi ianya merupakan simptom awal bagi sesuatu penyakit....ana ada terbaca mengenai artikel berkenaan sakit2 sampingan yg ana lalui...ana terkejut sebenarnya....namun ana tenangkan hati....mungkin kebetulan sahaja.... namun perasaan itu makin membuak2 untuk mensahihkannya....Ya Allah....apepun kputusannya....hamba bermohon...jauhilah diri ini dari penyakit itu....

Masih banyak lagi yg hamba perlu lakukan....  andai nyawa ini ditarik...hamba redha Ya Allah,,, namun berilah waktu untuk diri ini berbakti kpada ibuku yg telah banyak berjasa....dan hamba juga tdk mahu penyakit ini makin menjadi beban dalam keluarga hamba.....cukuplah hanya hamba yg menerima dan melaluinya.....masih banyak lagi yg belum sempurna untuk menghadap MU wahai Khaliq...... hamba adalah insan yang hina... Ampunilah dosa hamba Wahai tuhan yang maha pengampun dan maha penyayang..... thabatkanlah hati ini dalam melalui ujianMU....


Ana hanyalah insan yg lemah....yang seringkali melakukan dosa tanpa disedari...... mungkin ini adalh kifarah Allah kepada diri ini agar kembali kepadaNYA...
~ Astaghfirullah~

Saturday, March 19, 2011

::. Siapakah ??? .::

Tanyalah diri, siapakah kamu?? who am i??  man ana?? ....................
Adakah kita tergolong dalam kategori di bwah ini??... tepuk dada tanya iman..(^^,)

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.