Monday, February 7, 2011

::. Iktibar Dalam Satu Kuliah .::

Assalamualaikum sahabat2 semua...Harap semuanya dalam lindungan dan barakah Allah sentiasa, insyaallah...

   Hari ni ana bukan nak tulis apepun...cume nak berkongsi ape yang ana rase....Hari ini kesahnya dalam kuliah fiqh sirah, scara spontannya nama ana telah dipanggil kedepan supaya translate makne dalam bahasa arab ke bahasa melayu...adeih....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ana mase tu...dalam hati ana tetap ingat padaNYA supaya dipermudahkan segala urusan kerana ana langsung tak buat persiapan untuk perenggan yang dimaksudkan oleh ustaz tu...dah lah susah nak faham....huk4 salah ana jugak...knape tak ready awal2 walaupun kita tak  tahu bile giliran kita, tu tandenye kita kena sentiasa bersedia...hehehe...maka, dengan terjadinya peristiwa itu ana akan lebih berhati-hati dan lebih bersedia bila nak menuntut ilmu...berbalik pada cerita tadi, ana pun pergi je lah ke depan....dengan buat 'dek' je...ana bace je b.arab tu...terjmahannya?? hehhe masyaallah...ana x terjemah pun...kih4..bayangkanlah berpasang2 mata yang memandang, yg menanti untuk diterjemahkan maksud, huhu kelam kabut ana....tangan xyah nak gtaw lah, ketar2  + sejuk aircond (super power) jadinye... alih2 ustaz yang terjemahkan...punyelah lame duk berdiri kat depan tu...lenguh belakang ase...hihihi malu pun ade.....malu sebabnye:

1) ana ni x pandai mane bahasa arab ( mengaku) =P
2)duk kat depan punye lah lame (lau banat saje takpe, ni skali dgn banin n + dgn course len)


   Tapi apepun ana nak ucap syukran jazilan kathiran lah pada sesiape yg duk kat depan tu yg tolong ana terjemah sikit2, jazakallahukhairan jaza'.... jadi buat ustaz, mntak maaflah sbb ana x mampu jadi student yg baik, insyaallah ana akan cbe mengislahkan diri ke arah tu... buat diri ana plak, ( pikir2 kanlah yep lau tahu diri xpandai, perlu ade usaha untuk jadi orng pandai, )  =p  ana xtahu lah ape agaknye pandangan student lain terhadap ana...tapi ana sentiase ( husnu dzan) dengan kalian semua...ana xkesah ape orng nak cakap pasal ana, ape yg penting ana tahu status ana, iaitu hanya seorang insan yg fakir ilmunya dan berusaha untuk mncari sesuatu yg dapt membimbing ana ke arah kebaikan....

   Ramai yang lupe bahwa ilmu setinggi mane pun, xkan kemana kalau tiada iman,aqidah, dan amal yg hasanah...ana bukan nak menemplak kepada sesiapa...kerana ini adalah nasihat buat diri ana yg dhaif ini juga....dhaif ilmu, dhaif kefahaman dan dhaif segala-galanya....cume ape yg ana nak tekankan kat sini, siapa kita untuk untuk mendabik dada dengan kebijaksanaan yang di miliki?? siapa kita??  Ingatlah wahai sahabat semua....ape yg kita peroleh semuanya pinjaman dari Allah...bila2 mase saje DIA boleh ambik kembali ape yg dipinjamkanNYA.....satu lagi pesanan ana, jgn mudah kita menghukum seseorng itu apabila dia melakukan kesilapan, kerana ana masih ingat lagi kata2 dari ustazah ana, yg diambil dripada ptikan ulama' yusof Qardhawi, " Kita pendakwah, bukan penghukum" .... renung2kanlah duhai sahabat....

   Buat sahabat2 ana yg belum kena lagi, harapnye jgn jadi cam ana lah yep...apepun semoga kalian semua berjaya, jgn lupe doakan ana  juga....hihihi  (ameen)... sebelum tu ana nak share satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg mana ana tertarik dengan hadith ni semasa ana membelek buku utk buat assingment, ana kira ianya penting untuk ana share kepda kalian semua...

"Orang yang mula-mula menerima hukum pada hari kiamat ialah orang yang gugur syahid di medan perang, lalu dibawa kehadapan Tuhan, lalu dikenalkan nikmatnya dan ia mengakui (itulah nikmat daripada amalnya). Tuhan pun bertanya apakah yang telah engkau lakukan sewaktu didunia? Jawabnya : Aku berjuang kerana keredhaanMU sehingga gugur syahid. Tuhan berkata pula : Engkau dusta, tetapi engkau berjuang supaya dikatakan berani, sesungguhnya telah pun dikatakan demikian. Kemudian dia telah diperintahkan lalu ditarik mukanya, dan terus dicampakkan ke neraka. Kedua ialah orang yang berilmu dan mengajarkannya, dan orang yang membawa al-quran lalu dibawa ke hadapan Tuhan, lalu dikenalkan nikmatnya dan ia mengakui (itulah nikmat daripada amalnya). Tuhan pun bertanya apakah yang telah engkau lakukan sewaktu didunia? Jawabnya: Saya telah menuntut ilmu dan telah mengajarkannya, juga membaca al-quran kerana keredhaanMU. Tuhan pun berkata : Engkau dusta, tetapi engkau belajar supaya dikatakan alim, dan engkau membaca al-quran supaya dikatakan qari sesungguhnya telah pun dikatakan demikian. Kemudian dia telah diperintahkan lalu ditarik mukanya, dan terus dicampakkan ke neraka.  .Ketiga ialah orang yang dihukum kelapangan hidup dan diberikan nya dengan berbagai jenis harta kekayaannya,lalu dibawa ke hadapan Tuhan, lalu dikenalkan nikmatnya dan ia mengakui (itulah nikmat daripada amalnya). Tuhan pun bertanya apakah yang telah engkau lakukan sewaktu didunia?Jawabnya : Tidak ada suatu pun jalan yang Tuhan sukai supaya saya belanjakan  melainkan telah saya lakukan semata-mata kerana Allah. Tuhan menjawab: Engkau dusta, tetapi engkau belanjakan wang dan harta itu supaya dikatakan dia seorang yg pemurah, sesungguhnya telah pun dikatakan demikian. Kemudian dia telah diperintahkan lalu ditarik mukanya, dan terus dicampakkan ke neraka. "

   Wahai sahabat sekalian, ana nak tanya, adakah kalian semua merasa gerun apabila membaca hadith ini? ana berharap mudahan kita sama2 ambil ibrah darinya.... carilah keikhlsan dalam menuntut ilmu...tanya hati kita...untuk apa kita belajar, untuk apa kita lakukan kebaikan di muka bumi Allah ini?? semata-mata kerana apa?? ingatlah...DIA sekali2 tidak pernah leka dalam mengawasi perbuatan kita mahupun yg tersembunyi (syirik khafi).... Jika sekarang niat kita salah, perbetulkanlah...mudahan kita sentiasa di bawah rahmat kasih-sayangNYA....insyaallah.....


P/S: kepada para pembaca, jika ana ada tersalah fakta atau sebagainya mohon dimaafkan dan kalian bolehlah perbetulkan dengan tulis komen dibawah ini yep... =)

No comments:

Post a Comment