Thursday, January 20, 2011

::. Jadilah Seorang Raja .::

Di ambil daripada : Novel Nota Hati Seorang Lelaki
                             (Pahrol Mohd Juoi)


"Berapa lama awak dalam bidang ini? " Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang.Kemudian yang bertanya akan membandingkan  pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini. Silap-silap anda akan terasa kerdil apabila si penanya meletakkan "orang besar" dalam bidang tersebut sebagai penanda aras pencapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat.Anda kalah, kalau jika sebaik saja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasibku!

     "Berapa ramai anak di universiti ?" sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, " Dalam bidang apa? doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain , yang tidak dianggap berprestij, si penanya akan menerangkan betapa rendahnya nilai profesion anak-anak anda itu jika pengajiannya biasa- biasa saja. Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku.....

      Itu belum lagi anda bertemu dengan "pak lawak" yang merasa besar hanya kerana punya kenalan dikalangan "orang besar". Anda seperti hendak ketawa apabila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk Ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya. Padahal pada hakikatnya hanya "pecacai" sahaja kepada orang besar yang diuar- uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia "kecil" apabila harga dirinya dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan "orang besar"nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk.... Ya Tok! yes. Tan Sri!

 Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat(bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.

          "Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?" tanya Mat. Nadanya sedih.

          " Mengapa?" tanya saya simpati.

          " Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

          " Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."Dia merenung jauh...

          " Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita, tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

          " Tetapi aku sedih.... setelah sekian banyak yang aku lakukan."



       Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya , majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada ALLAH pun hanya sedikit manusia besyukur, inikan pula kepada sesama manusia." kata saya seakan memujuk.

         " Aku sedih, itu sahaja..."

         " Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

 Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

         " Apa maksud kau?"

  
        Melihat muka Mat tenang saya mula bercerita. ada dua cerita, secara santai saya mulakan bercerita : pertama, cerita tentang Nurruddin seorng Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

          " Selamat datang ulama, selamat datng orang alim... Ajarkan kami, ajarkan kami," sorak penduduk kampung.

         " Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

         " Kerana serban besar tuan pakai"

 Nurruddin membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

         " Nah, sekarang kamu semua belajar dengan keldaiku. Dia alim sekarang, kerana telah memakia seran besar!"



  Mat ketawa mendengar cerita saya.

    " kau tahu. Nurruddin tetap Nuruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting  ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri sendiri."

       " Betul ke?"

       " Ini hasil kajian pakar psikologi Mat... Menurut mereka penilaian kira terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap diri kita."

       " Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?"

       " Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu."


          Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sedrhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu, dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu mengenakan pakaian yang mahal dan gemerlapan lalu pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk pauk yang dihidang ke pakaiannnya. " Mengapa?" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, " Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!"


 Sekali lagi Mat ketawa.

    " Mat, orang pandai kenal orang bodoh. tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete- hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama, dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman, dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!"

 Kemudian giliran Mat bercerita - betapa ramai anak yang begitu admire dengan ibu Misali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Misali itulah lebih baik daripada ibu sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan "Pelajar Cemerlang", " Remaja Dedikasi" dan sebagainya...hingga merasakan anak sendiri kurang "harga"nya.

        " Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?"

        "Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu terbaik, tetap sebagai anaknya, kita mesti nampak dimana kebaikan ibu kita sndiri."

        " Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang yang terbaik, tetapi kita mesti menghargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri.Kita akan memajukan diri kita ke arah maksimum selaras dengan kelebihan itu."

        " Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?"
 
        " Btul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang lain."

 Oh alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia.... hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, " siapa kamu?"

      " Saya raja," jawab petani,

      " Raja??" raja itu kehairanan

      " Ya, raja pada diri saya sendiri!"
     


No comments:

Post a Comment